Fatimah Az-Zahra

>> Thursday, 7 January 2010

Ini pun anak dara aku juga... dikenali sebagai Elizabeth Timah ! hehehe


Salam semua !
selama nie aku memang tak pernah muatkan pic anak2 aku dalam blog... sebabnya simple jea anak-anak aku tak secomel anak-anak korang , tak sepintar anak-anak korang, anak anak aku buas tak reti nak bergaya jadi tak ada apa yang boleh aku type kan pasal kehebatan anak-anak aku yang sememangnya tak hebat pun berbanding anak-anak korang tapi aku juga sayang anak-anak aku macam korang sayangkan anak-anak korang !

Kepada
Nur AnNiesa
Nur Fatimah Az-Zahra
Sheikh Amal

Cepat la dewasa dan fahamilah... wahai anak-anak ku ada banyak lagi perkara yang abah dan mama akan lakukan demi agama kamu, masa hadapan kamu, baik di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Abah sesekali tidak akan bertanya... makan apakah kamu bertiga sekiranya abah tiada lagi di dunia ini ? sebaliknya siapakah yang kamu bertiga sembah setelah abah mu tiada ? adakah kamu bertiga memilih isi dunia selain dari ROB tuhan kamu ? Sedarlah ketika itu abah tidak lagi dapat menerangkan itu halal ini haram itu makruh ini harus... tak dapat lagi, tak dapat lagi.... !


Read more...

anak Dara Aku Niesa

>> Wednesday, 6 January 2010

Bergaya dgn basikal pertama dia... basikal murah jea... Rm235 tu pun kira ok dah tu mahal-mahal pun nak buat apa kan ?

Pic nie pernah dicetak lebih 25,ooo naskah untuk dimuatkan ke dalam
sebuah majalah
tapi tak leh cakap la majalah mana... !

Read more...

Sheikh Amal

>> Tuesday, 15 December 2009

basuh tangan sebelum makan

amal jea yg makan... aku tengok jea, dia masih x reti naper aku x masuk kedai makan USA nie... budak mana dia tau kan ?

laaa... hayal pulak dia main air !

Jom balik 5 hari dah kita tinggal mama... mana boleh tahan !


Teman Sepanjang Perjalanan...
Awal cuti penggal tiga aritu aku sempat round dari rumah aku kajang masuk Greek terus ke Pengkalan Hulu hantar Niesa di sekolah pondok pas tu terus jalan melalui Baling Kulim Bukit Mertajam, pas tu ada la beberapa tempat lagi last sekali Tapah sebelum terus balik semula kerumah ! sesekali bila berduaan gini syok jugak sembang-sembang macam-macam anak jantan aku nie betanya hitu tanya hini ! dan yang paling syok bila kami berenti di gerai durian di Taiping tepi jalan... dia tak makan durian tu tapi macam-macam dia tanya kat orang yang menjual tu, aku buat tak peduli jea... apa yang penting pulun duyan tu, Masa tu mana aku hinghat bini dah 5 hari tinggal ! hehehe

Read more...

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP